Friday 11 November 2011

9 SITI YANG PATUT DICONTOHI

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Thursday 10 November 2011

UPSR...UPSR....

Debaran kian terasa menanti saat-saat keputusan UPSR yang akan diumumkan pada 17 November 2011.Adakah pada tahun ini Sk Simpang Tiga akan mencipta kejutan yang lebih hebat berbanding tahun lepas.Kita semua berharap agar pelajar-pelajar Sk Simpang Tiga berjaya dengan cemerlang dengan peratusan yang tinggi.Kejayaan kalian adalah kejayaan buat semua guru terutama yang berhempas pulas mengajar kalian sepanjang tahun ini.Bila beroleh kejayaan panjatkanlah syukur pada tuhan dan ucapkan terima kasih pada guru-guru...bagi yang gagal cuba-cubalah mencari peluang di luar sana...gagal sekali bukan beerti gagal selama-lamanya..kerana kegagalan adalah titik permulan bagi sesuatu kejayaan bagi mereka yang mengambil iktibar dan pengajaran

Wednesday 19 October 2011

SEKAPUR SIRI DARI MEJA ADMIN

Alhamdulilah....pertama sekali saya memanjatkan syukur saya pada Allah kerana telah memberi kekuatan pada saya untuk membina satu laman blog sekolah yg maan ia akan dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah khususnya dan masyarakat ammnya...Sebelum ini saya telah membina blog namun ada beberapa masalah teknikal yg tak dapat dielakkan.Oleh itu laman blog yg telah saya bina sejak 2009 adalah terbatal dan tidak digunakan lagi...